Saturday 24 March 2012

GARIS PANDUAN PEMAKANAN BAYI






1. Amalkan penyusuan susu ibu secara eksklusif dari lahir hingga anak berusia enam bulan. Makanan pelengkap perlu diberi mulai umur enam bulan (180hari) di samping meneruskan penyusuan susu ibu sehingga berumur dua tahun.


2. Mulakan pemberian makanan pelengkap kepada bayi yang menyusu susu ibu atau rumusan bayi apabila berusia enam bulan. Penyusuan susu ibu mengikut kehendak bayi perlu diteruskan sehingga bayi berumur dua tahun.


3. Beri makanan yang mencukupi bagi memenuhi keperluan tenaga. Tingkatkan amaun makanan mengikut umur.


4. Beri pelbagai jenis makanan untuk memastikan semua keperluan nutrien dipenuhi. Daging, ayam, ikan, telur, susu, dan produk tenusu perlu diberi dengan kerap.


5. Ubah tekstur serta cara penyediaan makanan secara beransur-ansur mengikut umur bayi dan sesuaikan dengan perkembangan serta keupayaannya.


6. Tingkatkan kekerapan pemberian makanan mengikut umur.


7. Amalkan pemberian makanan secara responsif dengan menggunakan prinsip penjagaan psikososial.


8. Amalkan penyediaan, pengendalian, dan penyimpanan makanan secara selamat.


9. Semasa sakit, berikan bayi dan kanak-kanak lebih air dan cecair lain. Berikan hidangan yang kecil tetapi kerap.


No comments: