Sunday 20 May 2012

GARIS PANDUAN PENYEDIAAN MAKANAN KANAK­ KANAK TABIKA PERPADUAN

Sebelum ini saya ada berkongsi mengenai garis panduan pemakanan bagi bayi. Kali ini saya ingin berkongsi pula mengenai garis panduan pemakanan kanak-kanak di Tabika Perpaduan.

TUJUAN

Penyediaan dan pengendalian makanan di kelas Tabika Perpaduan yang bersih teratur dan selamat adalah amat penting kerana ianya berkait secara langsung dengan pemberian makanan seimbang yang menyumbang kepada kesihatan dan kesejahteraan kanak-­kanak. Sehubungan itu, peraturan dan prosedur dalam penyediaan dan pengendalian makanan kanak-­kanak Tabika Perpaduan perlu dipatuhi dan dititikberatkan demi mencapai matlamat tersebut.

KEPENTINGAN PERATURAN DAN GARIS PANDUAN DALAM PENYEDIAAN MAKANAN KANAK-­KANAK

1. Memastikan pemberian makanan yang bersih, berzat dan seimbang kepada kanak-­kanak Tabika Perpaduan. Ianya bagi menjamin tumbesaran yang sempurna kanak-­kanak dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek serta mengelakkan penyakit; 

2. Meningkatkan amalan pemakanan berkhasiat dan seimbang dikalangan kanak-­kanak; 

3. Menyelaras dan menyelenggarakan pendidikan kesihatan dan pemakanan secara langsung dan tidak langsung

4. Mengendalikan dan mengamalkan tabiat sopan santun, disiplin, timbang rasa serta amalan­amalan murni yang berkaitan dengan kebersihan diri, kebersihan makanan dan kebersihan alam sekitar.

PERUNTUKAN DAN BELANJAWAN

Antara perkara-­perkara yang diambil kira adalah seperti berikut :­ 

1. Peruntukan yang diberikan bagi pemberian makanan seimbang adalah sebanyak RM 1.50 seorang kanak­kanak bagi setiap hari persekolahan. Sehubungan itu, jumlah peruntukan berkenaan hendaklah digunakan oleh guru dan penolong guru bagi pembelian makanan harian utama di samping pembelian makanan berkhasiat 
tambahan yang diperlukan bagi pertumbuhan serta perkembangan fizikal dan mental kanak-­kanak; 

2. Bagi mengelakkan sebarang pembaziran berlaku, pihak Negeri/Daerah/Bahagian/JPTP dinasihatkan menguruskan pembelian makanan berkhasiat tambahan seperti susu, bijirin, sayur-­sayuran dan buah-­buahan segar yang disukai dan diperlukan kanak-­kanak berdasarkan permohonan dan keperluan Guru/Penolong Guru di kelas masing­masing; 

3. Bagi kelas yang tidak dibenarkan memasak oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat atau pihak-­pihak lain, oven/ketuhar boleh digunakan untuk memanaskan makanan yang ditempah dari luar. Pemilihan pihak yang menyediakan makanan perlulah mengutamakan ibu bapa kanak-­kanak Tabika Perpaduan yang sanggup menyediakan makanan;

4. Dalam pengurusan pembelian makanan kanak-­kanak, perkara­-perkara di bawah ini hendaklah diambil perhatian :­

  • Kadar tidak melebihi RM 1.50 seorang kanak-­kanak sehari diperuntukkan untuk menyediakan makanan kanak-­kanak sebanyak 2 kali sehari iaitu semasa sarapan pagi dan minum pagi atau makan tengahari dan minum petang untuk kelas sesi petang. Pemberian makanan adalah pada pukul 8.00/8.30 pagi dan pada pukul 10.00/10.30 pagi manakala kelas sesi petang pula pada pukul1.30/2.00 petang dan 2.30/3.00 petang;
  • Menu bersesuaian dengan piramid pemakanan seimbang seperti yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia 
  • Guru dan Penolong Guru tabika berhak menentukan jenis makanan tambahan yang bersesuaian seperti kismis, pop ­bijirin, koko crunch, cornflakes, quaker oat, nestum dan sebagainya bergantung kepada peruntukan; 
  • Mematuhi segala prosedur dan peraturan kewangan yang sedia ada dalam pengurusan perbelanjaan makanan.
  • Tuntutan makanan bagi setiap bulan hendaklah dikumpulkan dan dihantar kepada Pengarah Jabatan Perpaduan Negeri untuk bayaran pada tiap­tiap akhir bulan.
PENYEDIAAN DAN PENGENDALIAN PEMBERIAN MAKANAN

1. Penolong guru Tabika hendaklah menyediakan dan memasak makanan dan menghidangkan kepada kanak-­kanak; 

2. Bagi kelas yang tidak dibenarkan memasak oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat atau pihak­pihak lain, maka pembekal makanan boleh ditentukan seboleh­bolehnya di kalangan ibu bapa kanak­-kanak Tabika dengan memperolehi kelulusan dari Pejabat Perpaduan Negeri/Daerah/Bahagian. Selain itu, oven/ketuhar boleh digunakan bagi memanaskan makanan yang ditempah/dibekalkan; 

3. Penolong Guru Tabika bertanggungjawab dalam memastikan kebersihan dalam proses penyediaan dan pengendalian pemberian makanan kepada kanak-­kanak, mementingkan kebersihan makanan dan mengawasi segala peraturan kebersihan terutama sekali semasa menyediakan dan menghidangkan makanan kepada kanak­-kanak untuk mengelak keracunan makanan dan penyakit-­penyakit berjangkit;

4. Aspek-­aspek penting yang perlu diberi perhatian dalam penyediaan dan pengendalian pemberian makanan adalah seperti berikut :­
  • Pilih makanan yang rendah lemak dan kurang manis. Elakkan pengambilan kolesterol secara berlebihan dengan cara memberi kanak-­kanak telur tidak lebih satu biji satu hari secara purata dan memasak makanan laut tidak lebih dua kali dalam seminggu;
  • Lebihkan makan sayur­sayuran dan buah­buahan kerana makanan ini kurang mengandungi lemak, mempunyai serat dan membekalkan vitamin dan zat­zat yang sangat penting untuk kesihatan dan mencegah penyakit kanser ataupun penyakit kronik;
  • Kanak-­kanak perlu digalakkan supaya tidak gemar kepada makanan yang masin. Cara mengurangkan penggunaan garam ialah :­ 
i) Gunakan sedikit sahaja garam di dalam masakan; dan

ii) Elakkan pengunaan MSG (Monosodium Glutamate). 
  • Minum banyak air kosong.
CARA PENYEDIAAN MAKANAN DAN AGIHANNYA 

Semasa hendak menyediakan makanan pastikan :­

1. Tangan dibasuh terlebih dahulu; 

2. Gunakan apron semasa memasak dan menyediakan makanan;

3. Peralatan yang digunakan berada dalam keadaan bersih; 

4. Sayuran dan buah­buahan hendaklah dibasuh sebelum dipotong; 

5. Selepas memasak, tempatkan makanan di tempat yang bersih dan tertutup;

6. Bersihkan ruang memasak; 

7. Sisa makanan hendaklah dibuang dengan cara yang bersih dan selamat; 

8. Semasa memasak, pastikan anda berada dalam keadaan bersih.

Cara Menyediakan Makanan Bagi Mengekalkan Khasiatnya :­

1. Jangan potong terlalu kecil; 

2. Mesti dipotong sejurus sebelum dimasak; 

3. Ayam dan daging dipotong sederhana besar; 

4. Makanan yang hendak disimpan di peti sejuk hendaklah diasingkan mengikut rasanya; 

5. Tutup periuk atau kuali semasa memasak; 

6. Gunakan air yang sedikit ketika merebus makanan.

Penjagaan Kebersihan Dan Suasana Semasa Makan :­

1. Pastikan kanak-­kanak membasuh tangan sebelum dan selepas makan; 

2. Peralatan yang digunakan hendaklah bersih; 

3. Pastikan kanak-­kanak tidak berkongsi peralatan dan makanan; 

4. Ruang makanan hendaklah kemas dan bersih; 

5. Galakkan kanak-­kanak membantu semasa menyedia dan menghidangkan makanan sebelum dan selepas makan; 

6. Semasa makan, Guru hendaklah sentiasa bersama kanak­-kanak; 

7. Berbual dengan kanak­-kanak tentang jenis dan khasiat makanan yang dimakannya; 

8. Selepas makan, galakkan kanak­kanak menggosok gigi.

PANDUAN PEMILIHAN MAKANAN SEIMBANG

1. Makanan berkhasiat yang dipilih perlu berasaskan pemilihan makanan pelbagai berasaskan piramid makanan iaitu daripada 5 kumpulan utama makanan :­
  • Bijirin; 
  • Sayur-­sayuran dan buah­-buahan;
  • Daging; 
  • Susu atau hasil tenusu; dan 
  • Lemak dan gula. 
2. Nutrien adalah penting bagi proses dalam badan seperti berikut :­
  • Metabolisme tenaga; 
  • Petumbuhan Otot; 
  • Pembentukan Darah; 
  • Pembentukan Tulang;
  • Perkembangan Otak. 
(untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pembahagian-pembahagian menu ini, sila lihat contoh menu yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia).

PENYELIAAN DAN PEMANTAUAN

Bagi menyelaraskan dan menyeragamkan urusan pembelian, penyediaan dan pengendalian pemberian makanan, pihak negeri dikehendaki mengikuti garis panduan pemakanan yang disediakan kepada kelas Tabika Perpaduan di samping menguatkuasakan dan memantau pelaksanaannya. Pegawai Jabatan hendaklah mengawasi pelaksanaan pengendalian dan pemberian makanan kepada kanak­kanak Tabika Perpaduan secara rapi untuk memastikan kanak-­kanak memperolehi makanan seimbang yang diperlukan.

Terima kasih kerana sudi membaca =)
Garis panduan ini boleh dijadikan rujukan untuk membuat tugasan kertas kerja membina sebuah pusat asuhan kanak-kanak yang memerlukan menu untuk disediakan kepada kanak-kanak.





Wednesday 16 May 2012

SELAMAT HARI GURU

Saya ingin mengucapkan selamat hari guru buat semua warga pendidik di Malaysia dan di luar negara sana. Dari kecil sehinggalah saya dah besar dari guru-guru saya,hehe..

Saya mula memasuki ke tadika pada umur 4 tahun. Itupun kadang pergi, kadang tak pergi. Balik tadika terus pergi dekat depan kampung (jalan mula-mula sekali nak masuk ke kampung saya). Sebabnya abang saya berniaga dekat depan tu. Berniaga ais kacang a.k.a ABC (ais batu campur).
Masa umur 4 tahun tu, tak pakai uniform pun, saya pakai baju biasa je sebab saya bukan selalu pergi sekolah pun. Masa tu yang wajib ke tadika umur 5 dan 6 tahun je. Saya saja suka-suka pergi =)
Tapi best la sebab dapat main dengan kawan-kawan. 
Zaman budak-budak, ingat nak main sahaja.


just sharing
tengoklah video ni. bagus betul budaknya. sambil buat kerja sekolah, sambil menyanyi. so cute!!

Sambung cerita tadi pulak. Ok, bila saya 5 tahun, baru saya betul-betul belajar tak macam seperti saya berumur 4 tahun tu. Masa umur 5 tahun, nama guru yang mengajar saya ialah Cikgu Zainab. Masa umur 4 tahun Cikgu Zainab jugak yang mengajar. Saya seronok sangat pergi ke tadika kerana yang saya ingat saya sangat suka bermain panjat-panjat. Saya sendiri tak tahu alat permainan itu namanya apa.

Bila masuk 6 tahun, Cikgu Zainab dah berpindah ke tadika lain dan kami mendapat cikgu baru iaitu Cikgu Latifah. Kalau nak tahu, sampai sekarang Cikgu Latifah masih mengajar dekat tadika yang sama, cuma lokasi tadika sudah berpindah ke tempat lain yang lebih luas. Tempat berpindah tu, tidaklah jauh mana kerana di dalam kampung saya jugak,hehe.
Masa umur 6 tahun tu, saya sangatlah nakal. Saya suka pukul orang sampaikan saya pernah jatuhkan pasu kat atas kaki kawan saya. Tetapi saya tidak pukul orang dengan tiba-tiba. Ianya adalah bersebab. Budak yang selalu curi atau ambil barang saya, saya akan pukul mereka. Pukul = tampar, tumbuk, sepak dan terajang. Ya Allah, nakalnya saya masa tu. Saya pun tak sangka saya senakal itu. Saya pukul kawan saya tidaklah sampai cedera parah. Yang cedera apabila saya jatuhkan pasu ke atas kaki kawan saya. Kuku ibu jarinya terkeluar. Bila dengar, seram kan? Tapi, pada masa tu, sedikitpun saya tidak ambil kisah kerana budak tu yang mengganggu saya dahulu.
Sahabat, i'm sorry ok?
Saya dah lama tak jumpa kawan-kawan yang satu tadika dengan saya dan tak kenal pun =)

Lupa nak cakap, uniform saya masa ni kemeja merah petak-petak. Sama tak? Budak perempuan yang lain semua pakai baju kurung, saya je yang pakai kemeja dan seluar seperti budak lelaki. Rambut juga tidak pernah panjang,huhu. Rimas jika panjang.


ini dia otai kg. kandai, haha..
gambar tak clear kerana tangkap gambar atas gambar

Apabila masuk sekolah rendah, semuanya kawan baru, cikgu baru dan suasana baru. Saya dah kurang nakal semasa sekolah rendah. Yelah, semuanya benda baru, kuranglah nakalnya tu. Saya hairan masa hari pertama daftar darjah 1, ramai sangat yang menangis. Budak lelaki pun nangis, huhuhuhu. Terisak-isak. Lepas sebulan tu, semua dah ok bila dah selesa dengan situasi baru. Hahahahaha.
Saya sekolah dekat Sekolah Kebangsaan Alor Mengkudu. 6 tahun saya belajar, banyak perkara baru yang saya pelajari. Walaupun selalu kena marah, tapi ilmu yang semasa kena marah itulah saya ingat. insya Allah. 


ni gambar masa saya darjah 6. gambar ini sahaja yang saya ada sebagai kenangan bersama sekolah ini. maklumlah pada masa itu, kamera pun saya tak ada. gambar ini pun guru kelas (Pn. Lee Soon Sen) yang beri kepada kami satu kelas.


Habis sekolah rendah, saya masuk sekolah menengah pulak. Saya bersekolah dekat SMK Tun Sharifah Rodziah. Sekolah saya semuanya area Alor Star. Yang lawaknya, saya tak tahu sekolah ni ada pelajar kaum India dan Cina.Masa hari pertama pendaftaran, saya duduk dekat kerusi yang agak belakang. Jadi, saya cuma nampak kepala sahaja. Saya ingat, yang bertudung budak perempuan, manakala yang tidak bertudung budak lelaki. kikikikiki. 
Bila pengetua cakap sekolah ini sekolah yang terdiri daripada pelajar perempuan sahaja barulah saya sedar. Malu sendiri. Saya tinggal kat asrama dari tingkatan 1-5. Banyak kenangan yang tercatit di sini. Habis sahaja SPM, saya masuk ke tingkatan 6. Jadi, tempoh saya belajar di sekolah ini ialah 7 tahun. Masa belajar dulu, rasa lama sangat nak habis belajar. Sama jugak dengan sekarang, walaupun tinggal setahun lagi untuk tamat pengajian, saya rasa masa itu masih panjang. 

sambutan hari guru kali terakhir yang saya sambut di sekolah iaitu semasa tingkatan 6 atas

bersama guru MUET dan Pengajian Perniagaan 1

guru-guru kesayangan

Saya sayang cikgu-cikgu saya. Bila upload gambar-gambar makanan ni, saya terliur pulak, huhu. Nak makan macam ni lagi.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada mak dan abah yang menyokong saya dari dahulu sehingga sekarang. Merekalah guru pertama saya. Terima kasih kepada guru tadika, guru-guru sekolah rendah, guru-guru sekolah menengah, pensyarah-pensyarah UPSI, guru agama serta sahabat-sahabat saya. Nasihat daripada kawan-kawan juga dijadikan panduan dalam hidup saya. Sahabat juga merupakan guru saya dalam saya meneruskan hidup dan perjuangan. Setiap insan di dalam dunia berhak dipanggil guru kerana kita saling bergantung di antara satu sama lain. Kita tidak tahu sesetengah perkara, jadi orang yang mengajar kita layak dipanggil guru walaupun orang itu hanya mengajar kita cara-cara memotong sayur, cara-cara meletakkan petrol dalam kereta, cara-cara mengepos surat, membayar bil dan sebagainya.

From the bottom of my heart i wish happy teacher's day to all of you that have been teach me from beginning until the end


Sunday 22 April 2012

PROPOSAL PART 1

Saya akan bercerita mengenai apa yang saya pelajari di dalam kelas. Mungkin saya belajar dah agak lama iaitu pada 22/3 yang lalu tetapi saya akan tetap berkongsi mengenai apa yang saya belajar. Sebelum ini saya ada menceritakan mengenai kandungan yang perlu ada dalam membuat proposal untuk membina sesebuah pusat jagaan kanak-kanak.
Pada hari ini saya belajar mengenai :
1.  PENGENALAN
2.  JENIS PUSAT JAGAAN KANAK-KANAK
3.  MENGAKSES KEPERLUAN PUSAT ,dan
4.  SEBAB PENUBUHAN

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

1.  PENGENALAN
Dalam pengenalan ini, perkara yang perlu diterangkan ialah matlamat, objektif, rancangan yang ingin dibuat, sebab penubuhan, siapa yang terlibat (contoh : pengusaha, ibu bapa, kanak-kanak, pekerja, kerajaan, masyarakat dan sebagainya), jumlah pelaburan, pemegang saham dan lain-lain lagi. Dalam pengenalan juga akan meliputi semuanya mengenai proposal penubuhan pusat jagaan kanak-kanak, tetapi apa yang diceritakan adalah secara am sahaja.

2.  JENIS PUSAT JAGAAN KANAK-KANAK
Terdapat pelbagai jenis pusat jagaan kanak-kanak. Sebelum memulakan perniagaan, ahli lembaga pengarah perlu berbincang terlebih dahulu untuk memilih jenis pusat jagaan yang bagaimana untuk memulakan operasi di kawasan yang telah dipilih. Jika pemegang saham hanya seorang tidak akan menjadi masalah kerana risiko ditanggung sendiri dan keputusan juga diambil sendiri. Antara pusat jagaan kanak-kanak yang boleh dibuat ialah :
·     Family care (seperti rumah pengasuh). Pengusaha perlu memantau semua suri rumah yang mengikuti program ini dan memberikan latihan kepada para ibu seperti kebersihan dan keselamatan bayi dan juga terdapat pengisian dalam penjagaan kanak-kanak di rumah contohnya ada aktiviti dan pembelajaran terhadap kanak-kanak yang mereka asuh dan jaga.
·         Childcare development home
·         Infant care centre (pusat penjagaan bayi)
·         Before-and-after-school care
·         Satellite child development programme
·         Nursery school (taska separuh hari)
·         Home care
·         Day-care and child development centers

3.  MENGAKSES KEPERLUAN PUSAT
a)  Keperluan nasional
·         Berapa ramai keluarga yang mempunyai anak-anak kecil?
·   Jumlah keluarga yang bekerja dengan anak yang berumur 0-6 tahun.
·    Jumlah keluarga yang bekerja dengan anak yang berumur 7-14 tahun.
·        Jumlah penduduk yang baru berkahwin
Sebelum menubuhkan pusat jagaan ini, pengusaha perlu menjalankan tinjauan di kawasan yang ingin dijalankan perniagaan supaya dapat mencari pelanggan.

b)  Keperluan masyarakat
Selain itu, pengusaha juga perlu melihat pusat-pusat yang sedia ada di kasawan tersebut.

4.  SEBAB PENUBUHAN
Terdiri daripada motivasi dan pengurusan masa. Setiap orang hendaklah bermotivasi untuk melaksanakan tugasan masing-masing dan membahagikan masa dalam setiap kerja yang ingin dilaksanakan. Jadual perlu diwujudkan bagi mengelakkan kekeliruan dan pertindihan tugas.

#kumpulan saya telah memilih 2 jenis pusat jagaan kanak-kanak dan menggabungkannya. Tidak salah jika kita memilih dua atau tiga jenis pusat jagaan dan menggabungkannya mengikut kemampuan masing-masing.Kemampuan itu termasuk dalam modal yang diperuntukkan yang akan dibincangkan pada masa akan datang. 

Friday 20 April 2012

KANDUNGAN YANG MESTI ADA DALAM PROPOSAL PENUBUHAN PUSAT PENJAGAAN KANAK-KANAK

antara kandungan proposal ialah:


1. PENGENALAN
2. JENIS PUSAT JAGAAN KANAK-KANAK
3. MENGAKSES KEPERLUAN  UNTUK PUSAT TERSEBUT 
    seperti : kehendak kerajaan dan masyarakat
4. SEBAB PENUBUHAN
     -motivasi, personaliti, kebolehan dan pengalaman dan pengurusan masa
5. BERSIAP SEDIA UNTUK MEMULAKAN PERNIAGAAN
    -nama dan struktur yang sah
    -permohonan lesen
6. LOKASI
    -cari lokasi di luar kawasan tempat pemilik atau di dalam kawasan tempat tinggal pemilik
7. CUKAI
8. INSURANS
9. FINANCING YOUR BUSINESS
10. STRATEGI PELAN PEMASARAN
11. MEMBANGUNKAN PELAN PEMASARAN
12. MEMBANGUNKAN PELAN PENGURUSAN 
13. MENYEDIAKAN PUSAT JAGAAN KANAK-KANAK
      -mesti meliputi aspek keselamatan, peralatan dan bahan-bahan, pengstoran dan sebagainya.
14. MERANCANG PROGRAM
15. LATIHAN

ini adalah sedikit pengenalan mengenai kandungan yang mesti ada apabila kita hendak membina sesebuah pusat jagaan kanak-kanak. saya akan ceritakan secara detail pada lain hari dan lain waktu..
chill :) 

Friday 30 March 2012

TAK HABIS-HABIS

Aduh.....
Tak habis-habis
Hari-hari cerita yang sama
Hari-hari berita yang sama saya baca
Tak habis-habis mayat bayi dijumpai
Entahlah...
Mungkin manusia sudah tidak ada lagi sifat keperikemanusiaan dalam diri..
Hari ni saya baca akhbar Harian Metro
Jumpa dua berita



klik la link kat atas ni untuk membacanya


Cuba tengok gambar bayi-bayi ni.
 Comel kan? 
Tergamakkah anda di luar sana membuang anak-anak ini? 
Mereka ibarat kain yang putih, suci daripada dosa, 
cuma ibu dan bapa mereka yang berdosa telah membunuh dan membuang anak mereka.
 Saya tidak sanggup berkongsi gambar kekejaman yang telah dilakukan iaitu  mayat bayi, 
jadi saya kongsikan gambar bayi-bayi comel ini dengan anda semua. 
Diharap dengan cerita saya ini, kita dapat menjadikannya iktibar. insya Allah..

Pesanan terakhir dari saya :



Wednesday 28 March 2012

BANGUNAN BARU KERAJAAN WAJIB SEDIAKAN TASKA

Selepas ini, setiap bangunan baru yang hendak ditubuhkan oleh kerajaan diwajibkan untuk menyediakan taska yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). 

Lagi banyak taska yang akan ditubuhkan. Mudah-mudahan dapat menghasilkan taska yang berkualiti. Hal ini bukan sahaja dapat memberi peluang kepada para wanita untuk meningkatkan bilangan mereka dalam pasaran pekerjaan, malah memberi peluang juga kepada pelajar-pelajar yang mengambil kursus pendidikan awal kanak-kanak untuk memasuki ke sektor ini. Selain itu, ibu bapa yang bekerja di sektor-sektor kerajaan tidak akan berasa gusar untuk meninggalkan anak-anak mereka di taska ini kerana berdekatan dengan mereka. Jika sesuatu perkara yang tidak diingini berlaku ke atas ke anak mereka, ibu bapa dengan pantas dapat bertindak.  

Diharapkan taska-taska yang ditubuhkan ini memberi impak yang positif kepada negara.


klik sumber untuk mengetahui lebih lanjut lagi

SUNGAI LUI


layan dulu video ini :)

Sebenarnya saya bukan nak cerita mengenai lagu Aizat ni.
Hanya selingan.
cerita yang sebenar adalah mengenai :


*klik link di atas untuk mengetahui lebih lanjut

Sungai Lui  merupakan perkampungan orang asli yang terletak di Jempol, Negeri Sembilan.

 

Syukur alhamdulillah jika perkampungan orang asli ini mendapat pembangunan yang holistik. Terdapat ramai kanak-kanak di daerah ini. Mereka layak mendapat pendidikan yang sewajarnya seperti kanak-kanak yang lain. Mereka tidak seharusnya dipinggirkan. Diharap dengan pembangunan holistik ini dapat menjamin masa depan anak-anak orang asli di Sungai Lui.