Friday 30 March 2012

TAK HABIS-HABIS

Aduh.....
Tak habis-habis
Hari-hari cerita yang sama
Hari-hari berita yang sama saya baca
Tak habis-habis mayat bayi dijumpai
Entahlah...
Mungkin manusia sudah tidak ada lagi sifat keperikemanusiaan dalam diri..
Hari ni saya baca akhbar Harian Metro
Jumpa dua berita



klik la link kat atas ni untuk membacanya


Cuba tengok gambar bayi-bayi ni.
 Comel kan? 
Tergamakkah anda di luar sana membuang anak-anak ini? 
Mereka ibarat kain yang putih, suci daripada dosa, 
cuma ibu dan bapa mereka yang berdosa telah membunuh dan membuang anak mereka.
 Saya tidak sanggup berkongsi gambar kekejaman yang telah dilakukan iaitu  mayat bayi, 
jadi saya kongsikan gambar bayi-bayi comel ini dengan anda semua. 
Diharap dengan cerita saya ini, kita dapat menjadikannya iktibar. insya Allah..

Pesanan terakhir dari saya :



Wednesday 28 March 2012

BANGUNAN BARU KERAJAAN WAJIB SEDIAKAN TASKA

Selepas ini, setiap bangunan baru yang hendak ditubuhkan oleh kerajaan diwajibkan untuk menyediakan taska yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). 

Lagi banyak taska yang akan ditubuhkan. Mudah-mudahan dapat menghasilkan taska yang berkualiti. Hal ini bukan sahaja dapat memberi peluang kepada para wanita untuk meningkatkan bilangan mereka dalam pasaran pekerjaan, malah memberi peluang juga kepada pelajar-pelajar yang mengambil kursus pendidikan awal kanak-kanak untuk memasuki ke sektor ini. Selain itu, ibu bapa yang bekerja di sektor-sektor kerajaan tidak akan berasa gusar untuk meninggalkan anak-anak mereka di taska ini kerana berdekatan dengan mereka. Jika sesuatu perkara yang tidak diingini berlaku ke atas ke anak mereka, ibu bapa dengan pantas dapat bertindak.  

Diharapkan taska-taska yang ditubuhkan ini memberi impak yang positif kepada negara.


klik sumber untuk mengetahui lebih lanjut lagi

SUNGAI LUI


layan dulu video ini :)

Sebenarnya saya bukan nak cerita mengenai lagu Aizat ni.
Hanya selingan.
cerita yang sebenar adalah mengenai :


*klik link di atas untuk mengetahui lebih lanjut

Sungai Lui  merupakan perkampungan orang asli yang terletak di Jempol, Negeri Sembilan.

 

Syukur alhamdulillah jika perkampungan orang asli ini mendapat pembangunan yang holistik. Terdapat ramai kanak-kanak di daerah ini. Mereka layak mendapat pendidikan yang sewajarnya seperti kanak-kanak yang lain. Mereka tidak seharusnya dipinggirkan. Diharap dengan pembangunan holistik ini dapat menjamin masa depan anak-anak orang asli di Sungai Lui.

Saturday 24 March 2012

GARIS PANDUAN PEMAKANAN BAYI






1. Amalkan penyusuan susu ibu secara eksklusif dari lahir hingga anak berusia enam bulan. Makanan pelengkap perlu diberi mulai umur enam bulan (180hari) di samping meneruskan penyusuan susu ibu sehingga berumur dua tahun.


2. Mulakan pemberian makanan pelengkap kepada bayi yang menyusu susu ibu atau rumusan bayi apabila berusia enam bulan. Penyusuan susu ibu mengikut kehendak bayi perlu diteruskan sehingga bayi berumur dua tahun.


3. Beri makanan yang mencukupi bagi memenuhi keperluan tenaga. Tingkatkan amaun makanan mengikut umur.


4. Beri pelbagai jenis makanan untuk memastikan semua keperluan nutrien dipenuhi. Daging, ayam, ikan, telur, susu, dan produk tenusu perlu diberi dengan kerap.


5. Ubah tekstur serta cara penyediaan makanan secara beransur-ansur mengikut umur bayi dan sesuaikan dengan perkembangan serta keupayaannya.


6. Tingkatkan kekerapan pemberian makanan mengikut umur.


7. Amalkan pemberian makanan secara responsif dengan menggunakan prinsip penjagaan psikososial.


8. Amalkan penyediaan, pengendalian, dan penyimpanan makanan secara selamat.


9. Semasa sakit, berikan bayi dan kanak-kanak lebih air dan cecair lain. Berikan hidangan yang kecil tetapi kerap.


Friday 23 March 2012

KEJAM!! Ibu Tikam Bayi Baru Lahir, Buang Dalam Semak


Seorang ibu tidak berhati perut di Jawa Barat ditahan, kelmarin kerana cuba membunuh anaknya, yang lahir minggu lalu, dengan menikam dan meninggalkan bayi itu dalam semak. Siti Sundari, 18, dipercayai melahirkan bayi lelaki di bilik sewa di Cikeas Udik, Bogor, Jumaat lalu. 

mangsa kekejaman

“Gara-gara malu melahirkan anak tidak sah taraf, suspek telah bertindak di luar kawalan dan berniat untuk membunuhnya,” kata ketua detektif balai polis Gunung Putri, Donggor Panjaitan. Menurutnya lagi, tangisan kuat bayi berumur tiga hari itu menyebabkan penduduk sekitar kawasan tersebut menemuinya dalam keadaan menyedihkan dengan kesan luka sepanjang 11.5 sentimeter di belakang tubuhnya pada malam Isnin lalu.

Semasa soal siasat oleh polis, Siti mengaku dia melakukan tindakan kejam tersebut kerana tidak mampu untuk membesarkan anaknya. Dalam perkembangan terbaru, jururawat di Hospital Besar Cibinong menyatakan bayi seberat 2.17 kilogram itu kini semakin sembuh walaupun luka tersebut nyaris meragut nyawanya.
Sementara itu, ibunya telah dihantar ke Hospital Kramat Jati di Jakarta Timur untuk menjalani ujian psikiatri.


rumusan : 
Tidak adil bagi bayi sekecil ini diperlakukan sedemikian rupa. Banyak lagi cara lain yang boleh dilakukan daripada bertindak membunuhnya. Hanya manusia yang tidak berhati perut sahaja tega untuk melakukan perkara yang sedemikian. Ibu bayi tersebut boleh menghantar bayinya ke rumah kebajikan, memberi kepada orang yang menginginkan zuriat dan meminta bantuan dari pihak berwajib. Saya yakin kerajaan Indonesia juga menyediakan prasarana untuk ibu yang melahirkan anak tidak sah taraf seperti Yayasan Rumah Kebajikan Indonesia. Selain itu, para remaja perlu memikirkan sebab dan akibat sebelum melakukan perkara yang tidak bermoral. 

Bayi merupakan golongan yang tidak berdosa. Bayi ibarat sehelai kain putih dan memerlukan kesabaran dan ketelitian orang dewasa untuk mencorakkannya. Mereka mestilah dijaga dengan penuh kasih sayang. Janganlah manusia bertindak mengikut perasaan dan berlaku zalim terhadap mereka. Perlu disedari bahawa mereka akan membesar dan menjadi dewasa, seterusnya menjadi peneraju yang membawa hala tuju negara. Lantaran itu, menjadi satu kerugian kepada negara apabila masalah pembuangan bayi semakin berleluasa.

Memandangkan masalah pembuangan bayi meninggalkan kesan buruk dalam masyarakat, pelbagai langkah dan inisiatif perlu diambil bagi membendung penyakit sosial ini. Ibu bapa mestilah memainkan peranan yang sewajarnya terhadap anak-anak dari sudut pergaulan sesama rakan agar tidak melampaui batas. Nilai murni dan kemanusiaan serta pegangan agama yang kukuh haruslah disalurkan dalam jiwa anak-anak sejak mereka kecil kerana melentur buluh biarlah ketika rebungnya. Insan yang berakhlak mulia sejak kecil pasti tidak sanggup bertindak di luar norma kehidupan untuk melakukan sesuatu perlakuan yang negatif. Selain itu, pendedahan kepada pendidikan moral dan agama merupakan langkah yang wajar kerana dapat menerapkan nilai-nilai mulia.

Undang-undang bagi kes pembuangan bayi mesti diperketat lagi. Hukuman juga mestilah setimpal dengan kesalahan yang mereka lakukan. Tindakan perundangan ini diharap dapat memberi kesedaran kepada segelintir masyarakat supaya tidak melakukan sesuatu dengan sesuka hati.
 Jika tidak perkara seperti ini mungkin akan berulang. Jangan 'pisang berbuah dua kali'

pesanan terakhir dari saya

Wednesday 21 March 2012

PENGURUS YANG BAIK VS PENGURUS TIDAK BAIK

Pada 15.3.2012, saya belajar mengenai pengurus yang baik dan pengurus yang tidak baik.
Penting sebagai seorang pengurus untuk menjaga anak didiknya.
Jika pengurus itu baik, maka eloklah sistem pengurusannya..
Manakala jika seseorang pengurus itu tidak baik, akan teruklah juga pengurusannya..
disini saya ingin kongsikan tips-tips menjadi pengurus taska atau pengurus tadika yang baik serta keburukan jika menjadi pengurus yang tidak baik.

KENAPA PENGURUS PENTING??
  • Uruskan segalanya berkaitan dengan gaji, persekitaran, keselamatan, kewangan, kawasan, aktiviti, kemudahan, kebersihan dan sebagainya.
  • Arahan yang jelas
  • Sokongan kepada pekerja
  • Bijak berkomunikasi dengan pelanggan iaitu ibu bapa 
  • Persekitaran yang sihat dan selamat untuk kanak-kanak

PENGURUS YANG BAIK
 
  • demokratik
  • positif
  • sentiasa senyum
 
  • mesra dengan pekerja dan pelanggan
  • menyokong satu sama lain
  • tidak pilih kasih
  • senang didekati
  • berdisiplin
  • prihatin
  • konsisten
  • berfikiran terbuka
  • toleransi
  • mempunyai 'mood' yang stabil
  • pendengar yang baik
  • contoh yang baik kepada pekerja
  • hormati orang lain
  • berani mengambil risiko
  • berpengetahuan
  • fleksibel
  • memahami 
  • bertanggungjawab
  • hargai pekerja
PENGURUS YANG TIDAK BAIK
 
  • 'mood' turun naik
  • pilih kasih 
  • pentingkan diri
  • sombong
  • kedekut
  • pemarah
  • terlalu mendesak
  • tidak bertoleransi
  • terlalu rigid
  • terlalu tegas
  • tidak konsisten
  • suka mengarah
  • negatif
  • terlalu inginkan kesempurnaan
  • terlalu beremosi
  • tidak beretika
  • 'cakap tidak serupa bikin'

Sukar sebenarnya untuk menjadi yang terbaik. Sebagai pengurus, mereka haruslah menjadikan diri mereka sebagai teladan yang baik kepada pekerja. Saya sendiri pernah bertemu dengan beberapa pengurus yang baik dan pengurus yang tidak baik.
Apabila saya berhadapan dengan pengurus yang baik, mereka dengan mudah dapat menjadi kawan kita, mendengar pendapat kita, memberi nasihat dan menghormati kita. Saya dapat melakukan kerja dengan selesa apabila berhadapan dengan pengurus yang baik ini.

Manakala apabila saya berhadapan dengan pengurus yang tidak baik, saya tidak dapat menumpukan perhatian terhadap tugas yang sedang dilakukan. Pengurus yang tidak baik ini selalu marah tidak tentu masa, cakap tidak serupa bikin, pilih kasih dan 'mood' pengurus itu sendiri yang sentiasa turun naik. Saya yakin ramai lagi orang yang berhadapan dengan pengurus yang tidak baik. 

Oleh itu, kepada semua disana, jika anda bakal menjadi seorang pengurus suatu hari nanti, amalkanlah sikap-sikap pengurus yang baik. Terapkan nilai-nilai murni dalam diri agar disayangi semua pihak. pekerja dan pelanggan akan menyenangi diri anda yang bersikap positif.

pesanan terakhir dari saya :

 

Monday 19 March 2012

SELAMAT DATANG : CERITA SAYA

sebuah blog yang telah dihidupkan bagi memenuhi kerja kursus dalam PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK.
kandungan yang terdapat dalam blog ini ialah:

  • refleksi (reflective writing)
  • isu semasa mengenai pendidikan awal kanak-kanak
  • hal berkaitan kanak-kanak