Wednesday 16 May 2012

SELAMAT HARI GURU

Saya ingin mengucapkan selamat hari guru buat semua warga pendidik di Malaysia dan di luar negara sana. Dari kecil sehinggalah saya dah besar dari guru-guru saya,hehe..

Saya mula memasuki ke tadika pada umur 4 tahun. Itupun kadang pergi, kadang tak pergi. Balik tadika terus pergi dekat depan kampung (jalan mula-mula sekali nak masuk ke kampung saya). Sebabnya abang saya berniaga dekat depan tu. Berniaga ais kacang a.k.a ABC (ais batu campur).
Masa umur 4 tahun tu, tak pakai uniform pun, saya pakai baju biasa je sebab saya bukan selalu pergi sekolah pun. Masa tu yang wajib ke tadika umur 5 dan 6 tahun je. Saya saja suka-suka pergi =)
Tapi best la sebab dapat main dengan kawan-kawan. 
Zaman budak-budak, ingat nak main sahaja.


just sharing
tengoklah video ni. bagus betul budaknya. sambil buat kerja sekolah, sambil menyanyi. so cute!!

Sambung cerita tadi pulak. Ok, bila saya 5 tahun, baru saya betul-betul belajar tak macam seperti saya berumur 4 tahun tu. Masa umur 5 tahun, nama guru yang mengajar saya ialah Cikgu Zainab. Masa umur 4 tahun Cikgu Zainab jugak yang mengajar. Saya seronok sangat pergi ke tadika kerana yang saya ingat saya sangat suka bermain panjat-panjat. Saya sendiri tak tahu alat permainan itu namanya apa.

Bila masuk 6 tahun, Cikgu Zainab dah berpindah ke tadika lain dan kami mendapat cikgu baru iaitu Cikgu Latifah. Kalau nak tahu, sampai sekarang Cikgu Latifah masih mengajar dekat tadika yang sama, cuma lokasi tadika sudah berpindah ke tempat lain yang lebih luas. Tempat berpindah tu, tidaklah jauh mana kerana di dalam kampung saya jugak,hehe.
Masa umur 6 tahun tu, saya sangatlah nakal. Saya suka pukul orang sampaikan saya pernah jatuhkan pasu kat atas kaki kawan saya. Tetapi saya tidak pukul orang dengan tiba-tiba. Ianya adalah bersebab. Budak yang selalu curi atau ambil barang saya, saya akan pukul mereka. Pukul = tampar, tumbuk, sepak dan terajang. Ya Allah, nakalnya saya masa tu. Saya pun tak sangka saya senakal itu. Saya pukul kawan saya tidaklah sampai cedera parah. Yang cedera apabila saya jatuhkan pasu ke atas kaki kawan saya. Kuku ibu jarinya terkeluar. Bila dengar, seram kan? Tapi, pada masa tu, sedikitpun saya tidak ambil kisah kerana budak tu yang mengganggu saya dahulu.
Sahabat, i'm sorry ok?
Saya dah lama tak jumpa kawan-kawan yang satu tadika dengan saya dan tak kenal pun =)

Lupa nak cakap, uniform saya masa ni kemeja merah petak-petak. Sama tak? Budak perempuan yang lain semua pakai baju kurung, saya je yang pakai kemeja dan seluar seperti budak lelaki. Rambut juga tidak pernah panjang,huhu. Rimas jika panjang.


ini dia otai kg. kandai, haha..
gambar tak clear kerana tangkap gambar atas gambar

Apabila masuk sekolah rendah, semuanya kawan baru, cikgu baru dan suasana baru. Saya dah kurang nakal semasa sekolah rendah. Yelah, semuanya benda baru, kuranglah nakalnya tu. Saya hairan masa hari pertama daftar darjah 1, ramai sangat yang menangis. Budak lelaki pun nangis, huhuhuhu. Terisak-isak. Lepas sebulan tu, semua dah ok bila dah selesa dengan situasi baru. Hahahahaha.
Saya sekolah dekat Sekolah Kebangsaan Alor Mengkudu. 6 tahun saya belajar, banyak perkara baru yang saya pelajari. Walaupun selalu kena marah, tapi ilmu yang semasa kena marah itulah saya ingat. insya Allah. 


ni gambar masa saya darjah 6. gambar ini sahaja yang saya ada sebagai kenangan bersama sekolah ini. maklumlah pada masa itu, kamera pun saya tak ada. gambar ini pun guru kelas (Pn. Lee Soon Sen) yang beri kepada kami satu kelas.


Habis sekolah rendah, saya masuk sekolah menengah pulak. Saya bersekolah dekat SMK Tun Sharifah Rodziah. Sekolah saya semuanya area Alor Star. Yang lawaknya, saya tak tahu sekolah ni ada pelajar kaum India dan Cina.Masa hari pertama pendaftaran, saya duduk dekat kerusi yang agak belakang. Jadi, saya cuma nampak kepala sahaja. Saya ingat, yang bertudung budak perempuan, manakala yang tidak bertudung budak lelaki. kikikikiki. 
Bila pengetua cakap sekolah ini sekolah yang terdiri daripada pelajar perempuan sahaja barulah saya sedar. Malu sendiri. Saya tinggal kat asrama dari tingkatan 1-5. Banyak kenangan yang tercatit di sini. Habis sahaja SPM, saya masuk ke tingkatan 6. Jadi, tempoh saya belajar di sekolah ini ialah 7 tahun. Masa belajar dulu, rasa lama sangat nak habis belajar. Sama jugak dengan sekarang, walaupun tinggal setahun lagi untuk tamat pengajian, saya rasa masa itu masih panjang. 

sambutan hari guru kali terakhir yang saya sambut di sekolah iaitu semasa tingkatan 6 atas

bersama guru MUET dan Pengajian Perniagaan 1

guru-guru kesayangan

Saya sayang cikgu-cikgu saya. Bila upload gambar-gambar makanan ni, saya terliur pulak, huhu. Nak makan macam ni lagi.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada mak dan abah yang menyokong saya dari dahulu sehingga sekarang. Merekalah guru pertama saya. Terima kasih kepada guru tadika, guru-guru sekolah rendah, guru-guru sekolah menengah, pensyarah-pensyarah UPSI, guru agama serta sahabat-sahabat saya. Nasihat daripada kawan-kawan juga dijadikan panduan dalam hidup saya. Sahabat juga merupakan guru saya dalam saya meneruskan hidup dan perjuangan. Setiap insan di dalam dunia berhak dipanggil guru kerana kita saling bergantung di antara satu sama lain. Kita tidak tahu sesetengah perkara, jadi orang yang mengajar kita layak dipanggil guru walaupun orang itu hanya mengajar kita cara-cara memotong sayur, cara-cara meletakkan petrol dalam kereta, cara-cara mengepos surat, membayar bil dan sebagainya.

From the bottom of my heart i wish happy teacher's day to all of you that have been teach me from beginning until the end


No comments: